Baru datang

home Peraturan memakan Hubunggi kami Baru datang Gallery obat kami links ke web lain komentar

produk baru kami

 

Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.

Bio-Aura technology

Menurut laporan WHO mengenai air minuman seisi rumah, didapati 1.6 juta kes kematian diarea yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan air minuman yang tidak selamat dan persekitaran yang tidak bersih. Maka, memilih sebuah penapis yang berkesan adalah sangat penting. Bagaimana menentukan keberkesanannya? Dapatkan jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukakan berikut.


 
Air minuman yang disalurkan keluar dari paip air rumah saya kerap tercemar. Adakah Bio Aura dapat mengatasi masalah ini?

Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia memenuhi piawaian WHO tentang air yang sihat:

  • Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
  • Unsur-unsur mineral yang seimbang;
  • Nilai pH cenderung kepada alkali;
  • Molekul-molekul yang kecil.
 
Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?

Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada molekulmolekul yang kecil dan tersusun rapat supaya dapat menembusi sel-sel badan dengan mudah dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:

  • Penghadaman;
  • Menyingkirkan bahan buangan;
  • Melicinkan sendi-sendi;
  • Mengimbangkan suhu badan;
  • Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
  • Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.
 
Bolehkah penapis biasa mengatasi masalah seperti yang dinyatakan di atas?

Penapis-penapis di pasaran dapat menapis keladak pejal dan membasmi mikroorganisma. Akan tetapi, ia tidak dapat mengekalkan unsur-unsur mineral yang baik untuk badan. Selain itu, nilai pH air yang ditapis oleh penapis biasa adalah lebih kurang 6 dan berasid, padahal badan manusia memerlukan air yang bernilai pH 7~ 8, beralkali.
 
Adakah unsur-unsur berguna air Bio Aura akan terjejas jika ia dididih atau disejukbekukan?

Tidak, air Bio Aura mempunyai molekul-molekul kecil yang terusun rapat dan stabil. Maka, unsur-unsur berguna tidak akan terjejas walaupun suhu berubah. Sebenarnya, Bio Aura telah menyingkirkan bahan-bahan yang berbahaya dan mengekalkan unsur-unsur berguna, maka ia boleh terus diminum tanpa dididih.

 
Apakah kelebihan air Bio Aura?

  • Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
  • Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
  • Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
  • Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.
 
Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?

Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda.

 
Adakah penting untuk mengekalkan unsurunsur mineral?

Mineral (seperti kalsium, magnesium, selenium dan sebagainya) adalah salah satu unsur penting dalam badan manusia. Sebagai contoh, magnesium yang larut dalam air berperanan penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit jantung. Kenyataan ini telah diakui oleh saintis. Oleh itu, kita harus memperoleh magnesium daripada makanan dan minuman seharian.
 
Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?

Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan, penyelenggaraan tambahan adalah tidak diperlukan. Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki.

 
Mengapa kita perlu meminum air yang beralkali?

Susuk badan yang bersifat neutral atau beralkali adalah paling baik untuk sel-sel, kerana dapat membantu dalam metabolisme badan, menyingkirkan bahan yang belum dihadam dan toksin, meringankan beban organ-organ dalaman dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Sebaliknya, susuk badan yang bersifat asid membebankan ginjal dan hati, mudah berlakunya penyakit tamadun serta berasa letih, tidak sabar, gemuk, tertekan, tidak cukup tidur dan mengalami penuaan sebelum usia.
 
Bagaimana saya mencuci penapis seramik?

Tanggalkan penapis mengikut diagram di dalam manual pengguna. Gunakan berus gigi (lembut) untuk menggosok dan kemudiannya pasang semula ke dalam katrij. Ringkas dan mudah sekali!